Pages

Wednesday, January 18, 2012

Tips dan Trik 3D Sketchup:Menggunakan texture sendiri untuk model 3D

Jika anda menggunakan 3D Sketchup 8, texture yang sedia ada adalah tidak mencukupi seperti texture batu, rumput, kertas dan lain- lain. Kali ni saya mendedahkan teknik untuk menggunakan texture sendiri daripada sumber file format JPEG. Texture yang saya gunakan dalam tutorial ini adalah texture kertas.
PS:Jika anda mahu mencari pelbagai jenis texture, taip sahaja keyword ‘ TEXTURE’ di Google. Atau buat sendiri menggunakan Adobe Photoshop dan jadikan format JPEG.
1. Pergi ke FILE> Klik IMPORT
2. Pilih texture yang ingin digunakan> Tick pada USE AS TEXTURE> Klik OPEN.
3. Warnakan pada permukaan
4. Gunakan Sample Paint (1) dan tick pada permukaan (2).
5. Warnakan kesemua permukaan.
Lihatlah hasilnya. Box tadi kelihatan seperti kotak yang remuk..Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment