Pages

Wednesday, January 18, 2012

Buat grafik tulisan 3D dari 3D Sketchup ke Photoshop

Saya ingin melancarkan sebuah lagi bisnes online terbaru saya yang saya beri nama Oh My Gift(OMG)..Apa itu bisnes OMG?Nanti saya akan beritahu…:)..Jadi saya merancang untuk membuat sebuah laman web khas untuk bisnes itu. Sekarang ni dalam proses membuat design headline. Disini saya share sedikit teknik asas membuat grafik tulisan 3D, menggunakan gabungan 3D Google Sketchup dan seterusnya Adobe Photoshop. Sebelum ni saya mendapat banyak soalan mengenai bagamana cara nak buat grafik 3D menggunakan 3d Google Sketchup.
Jadi dibawah ni adalah penerangan ASAS yang ringkas mengenai langkah-langkahnya. (Penerangan tutorial ini menjadi lebih mudah untuk mereka yang ada asas 3D Google Sketchup dan Adobe Photoshop).
1. Buka 3D Google Sketchup anda. Gunakan 3D Text>Taip perkataan.Contoh OhMyGift>Tekan PLACE
2. Tulisan 3d yang telah terhasil.
3. Dirikan tulisan 3D guna tools MOVE.
4. Tulisan 3D yang didirkan. Export file supaya menjadi file JPEG untuk dimasukkan ke dalam Adobe Photoshop.
5. Buka file tadi dengan Adobe Photoshop. (Saya masih lagi menggunakan Adobe Photoshop CS3..:)).
Tekan CTRL A (select all)> Tekan CTRL C (copy)> Tekan CTRL V (paste). Langkah ini dibuat supaya tidak mahu merosakkan file asal.

6.  Gunakan tools MAGIC WAND TOOL.
7.  Buangkan (delete) kawasan background putih.
8. Kemudian, gunakan tools tadi, MAGIC WAND TOOL untuk select bahagian tulisan saja.
9. Kemudian create layer baru (tekan CREATE NE LAYER).
10. Layer baru akan muncul di atas layer 1 tadi.
11. Pilih GRADIENT TOOL untuk menghasilkan efek ton warna.
12. Kalau mahu hasilkan ton warna merah dan oren, (1) setkan warna pilihan anda seperti ini. (2) Lihat ton warna yang terhasil.
13. Tarik line GRADIENT TOOL pada layer 1 tadi. Grafik tulisan 3D dengan ton warna yang lebih menarik terhasil.
14. Hiaskan background dengan efek yang lebih menarik, ikut kreativiti anda.
So macam mana?susah ke senang? Apa yang saya kongsikan ini hanyalah ASAS sahaja, bagaimana nak gabungkan penggunaan 3D Google Sketchup dan Adobe Photoshop. Banyak lagi hasil grafik dan style yang boleh dihasilkan, termasuklah teknik menghasilkan scene siang menjadi malam (hanya dengan Photoshop), menghasilkan scene yang realistic dan lain- lain.

No comments:

Post a Comment