Pages

Wednesday, July 11, 2012

KEGUNAAN GOOGLE SKETCHUP



1. Membuat GRAFIK
Boleh menghasilkan grafik yang hebat. Anda boleh membuat apa sahaja design grafik secara 3D.
Boleh digunakan untuk menghasilkan design tshirt, design minisite, ecover 3D, icon, wallpaper, banner dan apa sahaja yang berkaitan dengan grafik design. Untuk jadikan grafik lebih hebat, boleh dimasukkan ke Adobe Photoshop atau Illustrator.
Ini secara tak langsung boleh meningkatkan jualan produk dengan grafik 3D mengagumkan yang menarik perhatian.

2. Membuat PEMBENTANGAN (PRESENTATION)
Apliksai animasi mudah yang terdapat dalam Google Sketchup ini boleh digunakan untuk membuat pembentangan projek, assignment, dan lain- lain yang berkaitan dengan visual 3D yang boleh membuatkan orang yang melihatnya rasa kagum!

3. MEREKA CIPTA produk
Boleh lakarkan idea dan mendapat gambaran dengan menghasilkan produk dengan ukuran sebenar yang boleh dikomersialkan seperti menghasilkan perabot, struktur besi, modifikasi komponen kereta dan sebagainya.

4. Membuat HIASAN DALAMAN/ UBAHSUAI RUMAH/ KEDAI/ OFIS
Buat 3D rumah sendiri dan buat dekorasi rumah mengikut kreativiti seperti masukkan perabot, hiasan dinding, karpet dan sebagainya. Selepas mendapat gambaran, barulah keluarkan bajet untuk semua itu dan nikmatilah hasil kreativiti sendiri.Jangan risau kerana dengan perisian ini anda dapat membuat model 3D mengikut ukuran sebenar.

5. Membuat MODEL PAPERCARFT
Boleh menghasilkan seni lipatan kertas (papercraft) dengan 3D kemudian boleh diprintkan dan
dibina.Menghasilkan IDEA- IDEA KREATIF

Boleh buat apa sahaja bentk, idea mengikut kreativiti yang datang daripda imaginasi sendiri.dan macam- macam lagi….

No comments:

Post a Comment