Pages

Monday, October 14, 2013

Cara Mengimport File AutoCAD

Dalam penyediaan membuat model bangunan biasanya ada beberapa info asas yang perlu ada:-
  1. Plan AutoCad: site plan, plans, sections, elevation dan roof plan
  2. Site Google
  3. Kontour
  4. Material bangunan dan Warna Skim
Mengimport file AutoCad (khas untuk version PRO) melibatkan penyusunan layer dengan cara berikut:
  1. Klik toolbar Layers > Layer managers akan keluar menu layer.
  2. Klik menu File > Import = Menu Open, File of Types v (AutoCad Files dwg/dxf )
  3. Cari file AutoCad yang berkaitan
  4. Sebelum Open, tekan tab OPTIONS > tukar scale unit : Feet kepada Milimeter (proses sekali untuk seterusnya) dan tekan OK
  5. Klik file bekaitan dan tekan OPEN. Proses memasukkan file bermula.

Mengemaskini file AutoCad didalam Sketchup
File AutoCAD yang diimport ke dalam sketchup biasanya didalam betuk berlayer (sila lihat menu layer manager). Perkara utama yang perlu dikemaskini adalah:-
  1. membuang item-item yang tidak diperlukan didalam sketchup seperti gridline, dimension line, pokok, kereta, simbol-simbol cth pintu, tingkap, bomba, spesifikasi dll, simbol hatch seperti brick, glass, concrete seumpamanya.
  2. Membuang nama layer dan menyusun nama layer baru.
  3. Membuat group kepada setiap plan, elevation dan sections pada nama layer terbaru.
  4. Save File 

No comments:

Post a Comment